Isnin, 7 Mei 2012

Internet semakin paradoks


Kebebasan internet di Malaysia mencetus suatu perubahan dari segi pencarian maklumat yang semakin pesat membangun di Negara ini. Akan tetapi, perubahan yang telah diusulkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah menguntungkan ramai pihak yang menggunakan media baru ini sebagai medan meluahkan segala kritikan politik yang tidak dapat disebarkan melalui media arus perdana.

Berdasarkan petikan rencana daripada Muslim Milenia bertajuk ‘Kebebasan berita dan informasi siber: satu paradoks’ oleh Dr. Rahmat Ghazali, beliau telah memberi saya satu perspektif yang baru tentang dunia internet pada hari ini. Beliau telah mengupas bagaimana kebebasan ini memberi impak yang mendalam kepada sesebuah institusi kerajaan di negara ini, yang boleh mengakibatkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Saya bersetuju dengan pandangan beliau tentang kebebasan internet membawa suatu paradoks dalam permasalahan agenda politik dan isu semasa yang semakin meruncing di dalam negara ini.





Walaupun masih dikategorikan sebagai “bebas” dari sekatan pihak berkuasa, kandungan dalam setiap rencana atau pandangan masih terikat dengan Akta Hasutan 1969, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Fitnah 1957, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan akta-akta lain yang berkaitan dengan media. Media tradisional juga tidak terkecuali dari akta-akta yang telah disebutkan tadi. Media tradisional merupakan media yang tidak boleh menjadi medan hasutan dalam provokasi maklumat. Ini yang berlaku pada 27 Oktober 1987, apabila Operasi Lalang telah dijalankan oleh PDRM bersama Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan kepada individu dan organisasi yang cuba mengeruhkan suasana politik pada tahun yang sama. Hasil daripada itu, 106 ahli politik telah diletakkan dalam tahan ISA serta 4 akhbar telah ditarik lesen pengeluaran hasil dari provokasi yang telah dijalankan. Hasil daripada peristiwa ini, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan diperkenalkan di mana pencetak dan pengeluar perlu memperbaharui lesen setiap tahun.

dari The Star 1987
perhimpunan di Stadium TPCA sebelum operasi lalang

Sefahaman dengan isu ini, media tradisional tidak lagi berani untuk membentangkan isu-isu yang menyentuh hal perkauman, tetapi diambil alih oleh media baru, internet. Dianggarkan sejumlah 18 juta penduduk Malaysia telah menjadi pengguna internet, dan jumlah ini meliputi separuh penduduk di Malaysia. Dengan penyebaran maklumat tanpa sekatan, sesuatu isu yang dikupas pasti tersebar luas, walaupun ianya berdasarkan maklumat yang tidak sahih dan kemungkinan palsu.
pengguna internet pada tahun 2009. dipetik dari www.kuasadua.net

Saya bersetuju dengan Dr Rahmat apabila beliau menyatakan media siber telah merobah falsafah kewartawanan. Ini dapat dibuktikan dengan membuat perbandingan diantara media arus perdana dan media alternatif. Media arus perdana amat menjaga isu yang boleh mengakibatkan perbalahan kaum, manakala media alternatif mengupas isu itu dengan secara terbuka tanpa tapisan. Malah, meletakkan gambar tentang sesuatu perkara tanpa halangan. Malah, media baru merupakan medan tempat meletakkan sesuatu isu tanpa usul periksa. Seharusnya perkara yang diutarakan di dalam media baru, mestilah disiasat sepenuhnya oleh pembaca sendiri, untuk menilai kesahihan berita itu sendiri. Berita berunsur fitnah dan hanya berpandukan teks ayat semata-mata tanpa bukti hitam dan putih, ibarat melihat di dalam tempat yang gelap. Seharusnya setiap perkara yang diutarakan perlu disertakan dengan hujah dan fakta yang berlandaskan dengan pengisian yang ingin diceritakan.
Allahyarham Husni Rawi @ Bob Kuman menjadi mangsa keadaan pada 21 April 2012

Konklusinya, pengguna internet seharusnya berhati-hati apabila berada di atas talian, kerana setiap ayat yang diutarakan, mungkin tersimpan seribu cerita. Kesahihan berita juga perlu untuk tidak menghasilkan kekeliruan kepada pembaca yang masih tidak faham akan sesuatu isu. 

Dipetik dari kata-kata Hitler, “Sesuatu pembohongan pun boleh diyakini kebenarannya jika sering diulangi.”
sekadar gambar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan